GST Untuk Topup Dikekalkan
Kerajaan hari ini mengumumkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas penggunaan kad tambah nilai prabayar akan dikekalkan.Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pengguna tidak akan dikenakan GST semasa membeli kad tambah nilai, sebaliknya hanya akan membayar cukai tersebut apabila menggunakan nilai yang dikreditkan ke nombor telefon bimbit masing-masing.
"Kerajaan berusaha mencontohi negara-negara lain yang turut mengenakan cukai ini ke atas penggunanya. Pengguna tidak akan dibebankan dengan GST ketika membeli kad tambah nilai terbabit, sebaliknya hanya dikenakan GST ketika membuat panggilan, menghantar SMS dan sebagainya.
"Ia sama seperti penggunaan kad 'Touch n Go' dan bayaran tempat parkir kereta yang dikenakan cukai ini. Mereka hanya dicukaikan semasa penggunaan khidmat-khidmat ini," katanya ketika menjawab soalan (BN-Tanah Merah), Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.
Rakyat makin miskin, syarikat telco dan kerajaan makin kaya.
Ikmal Hisham sebelum itu meminta beliau menyatakan usaha kerajaan bagi memastikan syarikat telekomunikasi mengkaji semula GST yang dikenakan ke atas kad prabayar.
Jelas Ahmad Shabery, bagi mengimbangi kesan GST, pihak kerajaan akan meminta pihak syarikat telekomunikasi menurunkan tarif perkhidmatan bagi penggunaan panggilan dan mesej.
"Kami (kerajaan) sedang berusaha mencari jalan supaya pelaksanaannya boleh diterima dan dipakai dengan baik pada masa hadapan.
"Kami juga menggesa syarikat-syarikat ini menawarkan pakej mampu milik kepada golongan sasar seperti pelajar," katanya lagi.
Sumber: Sinar Harian
p/s: Sekali lagi kerajaan gagal meyakinkan rakyat bahawa GST itu adalah cukai yang meringankan rakyat.