Hasrat Pasangan warga Emas Tercapai, Hidup Bersama Mati Bersama | Hasrat sepasang warga emas yang telah berkahwin sejak 75 tahun lalu untuk mati bersama tercapai apabila mereka meninggal dunia selang beberapa jam.
Jeanette Toczko, 96, dan suaminya Alexander Toczko, 95, dari San Diego, California, ditemui meninggal dunia di atas katil sambil berpegangan tangan.
Pasangan tersebut mula bercinta sejak berusia lapan tahun sebelum mendirikan rumah tangga pada usia muda.
Beberapa minggu lalu Alexander mengalami patah pinggul dan ditempatkan di sebelah katil isterinya.
Ketika saling berpegangan tangan di katil bersebelahan, pasangan itu sentiasa mengulangi hasrat mereka sejak muda iaitu ingin mati bersama-sama.
Alexander yang merupakan bekas tentera laut Amerika Syarikat (AS) mendirikan rumah tangga dengan Jeanette pada 1940.
Hasil perkawinan itu, pasangan berkenaan dikurniakan lima cahaya mata, 10 cucu dan enam cicit.
sumber
http://ift.tt/1eprMRE