Cara Selesaikan Hutang Dengan Teknik Snowball

Cara Selesaikan Hutang Dengan Teknik Snowball



1. Apabila kita sudah berjaya buat simpanan kecemasan RM2000, cepat-cepat mulakan bayaran hutang kita.


2. Buat bayaran minimum untuk semua hutang, kecuali hutang yang paling kecil; bayar dalam jumlah yang banyak untuknya.


3. Apabila hutang yang pertama selesai, buat bayaran hutang yang paling kecil seterusnya.


4. Pastikan momentum bayaran hutang kita sentiasa berjalan. Kita akan mula sedar bahawa hutang kita akhirnya dapat dilangsaikan satu per satu dengan cepat sekali.


5. Semasa dalam tempoh bayaran hutang kita, hentikan sekejap simpanan dan pelaburan kita. FOKUS kepada bayaran hutang kita dahulu.


6. Kita tidak akan rugi, kalau kita FOKUS. Strategi ini bukan untuk selama- lamanya.


7. Ianya hanyalah langkah sementara sebelum semua hutang kita dapat diselesaikan.


Kita boleh lakukannya!

#simpanan
#hutang