MASIH RELEVAN KAH PELABURAN ASB?

 MASIH RELEVAN KAH PELABURAN ASB?



Jawapan mudahnya ialah: Ya, ASB masih lagi relevan.

Jawapan panjangnya pula , boleh baca dekat bawah. Let's go!


Kelebihan ASB yang kita kena tahu.

1. Unit harga ASB adalah tetap (RM1 : seunit) Fixed price fund.


2. Prestasi pulangan dividen ASB juga adalah sangat baik (5%) mengatasi benchmark 12 bulan Maybank Islamic Fixed Deposit (1.85%)

- Dengan prestasi dividen ASB sebanyak 5% , pelabur sudah mendapat keuntungan kerana dividen nya lebih tinggi daripada pulangan Fixed Deposit, selain berupaya melawan arus inflasi (~3% setahun)


3. Antara objektif utama ASB ialah untuk memberikan pulangan pelaburan yang konsisten dan kompetitif setiap tahun.


4. Low risk, moderate return (Sesuai untuk capital preservation)
- Antara sebab utama orang kita tidak berani melabur ialah kerana takut duit itu akan hilang.
-Jadi, di sinilah ASB memainkan peranan yang sangat penting kerana ASB memberikan keyakinan kepada pelabur daripada segi pengekalan modal (Capital guaranteed).


5. ASB hanya dikhususkan untuk bumiputera sahaja.


6. Simpanan dan pelaburan di dalam ASB adalah sangat mudah dan tidak memerlukan kemahiran pelaburan yang sangat kompleks.
- Pelaburan ASB adalah sangat mudah dan tidak serumit instrumen pelaburan lain seperti unit trust, saham, emas, cryptocurrency dan hartanah.


7. No entry cost: Zero entrance fee. Pelaburan ASB tidak mengenakan sebarang kos tambahan kepada pelabur. Kosnya percuma sahaja!


Cuma Kekurangan ASB, kalau pun ada:


Pelaburan ASB lebih tertumpu di dalam negara sahaja. Pelaburan dibuat dalam dana ekuiti Bursa Malaysia (KLCI).


Berbeza dengan KWSP dimana 37% daripada asetnya dilaburkan di luar negara.

Secara mudahnya, KWSP sudah menjadi pelabur bertaraf global berbanding ASB yang fokus pelaburannya di dalam negara sahaja.


Konklusinya,


Pelaburan ASB masih lagi relevan terutamanya jika kita inginkan pulangan dividen yang kompetitif dan berdaya saing. Low risk, moderate return.


Liquidity: ASB sangat sesuai untuk sesiapa yang ingin meletakkan duitnya sementara waktu, sebelum dikeluarkan bagi kegunaan lain seperti bayaran deposit rumah pada masa akan datang.


ASB juga merupakan antara pilihan yang terbaik bagi sesiapa yang masih baru dalam dunia pelaburan. Boleh mula melabur dalam ASB terlebih dahulu sementara belajar mengenai instrumen pelaburan lain di luar sana.


Akhir kata, buatlah pilihan yang bijak. Selamat melabur sahabat-sahabat. Happy investing! Sekiranya korang nak tahu bagaimana untuk Gandakan Keuntungan Simpanan Emas sehingga 10 kali ganda boleh Whatsapp saya Sekarang.