Jue Aziz, aktres manis dan manja mengakui dirinya sangat malu untuk menonton kembali babak yang dilakonkan dalam filem #Kapsul terutama sekali adegan ro9ol.
Menurut aktres ini Jue sangat teruja untuk berlakon sebagai Fatimah di dalam filem ini memandangkan dirinya sudah jatuh cinta setelah membaca skrip yang diberikan pihak produksi.
“Skrip filem ini sudah agak lama di tangan, namun ia senyap begitu saja hingga pada tahun 2013, produksi menawarkan kembali watak Fatimah. Sudah tentu saya tidak mahu melepaskannya kerana saya sudah jatuh cinta sejak pertama kali membaca skripnya dulu.
“Walaupun babak membabitkan Fatimah tidak banyak, tetapi ia meninggalkan kesan yang cukup mendalam terutama apabila dirogol oleh tentera Jepun. Sebenarnya saya malu untuk melihat kembali babak itu kerana ketika penggambaran, saya masih belum bertudung,” jelasnya.
Alhamdulillah jika itulah punca dirinya berasa malu kerana ia terbukti menunjukkan Jue Aziz kini sedar akan batas-batas sebagai seorang wanita Islam.
Dirinya kini sudah mengambil keputusan untuk berhijrah dengan mengenakan hijab di kepala. Semoga Jue terus mencari sinar Islam yang sebenar kerana tidak ada ruginya jika setiap muslim dan muslimat mengikut setiap garis panduan yang telah ditetapkan Allah.
11:31 PM
artis malaysia,
cerita,
gosip artis,
gosip artis malaysia,
gosip artis terbaru,
gosip artis terkini,
gosip hangat,
gosip hari ini,
hangat,
isu semasa,
Jue aziz,
panas,
selebriti,
tempatan