Tips Mudah Buat Kek Coklat Kukus Dengan Sukatan Cawan Sahaja!


#Bahan-Bahan Kek Coklat Kukus ( Menggunakan sukatan cawan ):

[+] 1 cawan serbuk koko
[+] 1 cawan gula pasir
[+] 1 cawan susu cair
[+] 1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan
[+] 1/2 cawan susu pekat manis
[+] 1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
[+] 1 sudu baking powder
[+] 1 sudu soda bikarbonat
[+] 4 biji telur
[+] 1 sudu esen vanilla

.
Cara-cara Menyediakan Kek Coklat Kukus dengan mudah:

{+} Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam periuk atau kuali.Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.

{+} Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.

{+} Pukul telur hingga kembang. Masukkan campuran pertama tadi kedalam adunan telur.

{+} Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat.Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.

{+} Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.

{+} Sapukan marjerin pada loyang.Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek.

{+} Kukus kek selama 1 jam.

{+} Kukus kek selama 1 jam.

#Cara Menyediakan Topping untuk Kek Coklat Kukus:

[+] 1 cawan susu pekat manis
[+] 1 sudu makan serbuk koko
[+] 2 sudu mentega

{+} Masukkan semua bahan ke dalam kuali atau periuk.Kacau perlahan sehingga larut.Angkat setelah cairan coklat mulai mendidih.

{+} Sejukkan sebentar sebelum dituang atas kek coklat kukus.

ATAU

{+} 500 gram coklat masakan
{+} 220 ml susu cair

( {+}kalau guna coklat masakan, masak guna kaedah double boiler )

.

{+}Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

.

"kejayaan itu harus dimulai dengan langkah yang pertama"