Pilot Comel Yang Berhijab | Kecil kcil cili api. itulah yang boleh digambarkan kepada juruterbang wanita Air Asia X, Noor Hafizah Mohd Idrus. Susuk tubuhnya lansung tidak menggambarkan yang anak berusia 27 tahun ini seorang juruterbang jika tampil tanpa uniform lengkap. Walaupun pertemuan dengannya bukan berlansung di awan biru dan ini kali pertama kami bertemu dengannya, kelibatnya yang beruniform sudah dapat dikenal ketika muncul di Akademi Penerbangan Air Asia, Sepang.
Mula berkhidmat di Air Asia pada 2006 dan kini diletakkan di bawah Air Asia X sejak oktober 2010, Noor Hafizah sudah boleh berlapang dada kerana dengan izin Allah, dia kini bergelar Senior First Officer, iaitu satu tahap lagi untuk meraih gelaran kapten.
Semakin tinggi terbang, semakin luas pemandangannya melihat alam ciptaan Allah. Tidak hairanlah kecintaannya terhadap pencipta semakin utuh. Kerjayanya yang bertanggungjawab terhadap banyak nyawa menjadikan dirinya tidak pernah leka lebih lebih lagi untuk memenuhi kewajipan pada Yang Maha Esa. Pesanan ibu bapanya supaya tidak meningalkan solat sebaik melangkah ke dunia yang diimpikannya ini, juga sentiasa diingati.
Bekas pelajar Kolej Tunku Kurshiah ini tidak menafikan dia mengalami kesukaran untuk menunaikan rukun islam yang pertama ketika awal pembabitannya dalam dunia penerbangan. Dia mengalami masalah ketika ingin berwudhuk sewaktu bertugas dalam penerbangan, Bagaimanapun, masalah itu tidak dibiarkan begitu saja.
" Saya berjumpa dengan seorang ustaz. Dia memberikan saya panduan berwudhuk ketika berada di dalam kapal terbang. Saya diberitahu oleh ustaz tersebut bahawa kita masih boleh membasuh bahagian kaki tanpa perlu membuka kasut. Ini memudahkan petugas petugas kapal terbang yang sememangnya mempunyai masa yang terhad " ujar anak gadis ini menyusun bicara.
Solat Bukan Satu Bebanan.
Noor Hafizah, antara 17 juruterbang wanita di syarikat penerbangan tambang murah terbaik dunia ini mengakui tidak pernah menggangap solat sebagai satu bebanan. Baginya solat boleh dilakukan di mana mana sahaja dan itu atas kehendak kita sendiri untuk melakukannya atau tidak.
" Ada ruang untuk bersolat di dalam kapal terbang. Tambahan pula setiap penerbangan mempunyai dua juruterbang. Kita boleh bergilir gilir mengerjakan solat, makan, dan memasuki tandas " ujarnya yang segak berpakaian uniform..
Dia juga tidak mengalami kesukaran dalam menentukan arah kiblat. Pelbagai cara boleh digunakan untuk menentukan arah kiblat. Berbekalkan ilmu agam yang dimilikinya, semua itu dapat di atasi dengan mudah.
" Menentukan arah kiblat tidak menjadi masalah kerana kompas disediakan. Kita juga boleh menentukan kiblat berpandukan arah matahari terbenam. Lagipun, di dalam kenderaan yang bergerak, mana mana arah kiblat dibolehkan " akui Noor Hafizah. Tiada alasan bagi mereka untuk meninggalkan solat walaupun berada di awan biru. Penumpang pula boleh solat di tempat duduk sahaja. Ternyata Islam bukan agama yang menyukarkan.
Saat Saat Cemas.
Bagi juruterbang, cuaca dan angin merupakan faktor penting yang diambil kira dalam perjalanan ke destinasi. Apabila mengharungi hujan lebat dan angin kuat, ia menjadi saat paling mencemaskan bagi kebanyakan juruterbang.
" Pada masa itu, hujan turun dengan lebat di Kuala Lumpur. Langit lansung tidak nampak. Kapal terbang tidak boleh mendarat ketika itu. Namun ketika belajar dahulu, kami di ajar untuk tidak mempertaruhkan nyawa penumpang, setiap kali sebelum membawa penumpang terbang, seperti memandu kenderaan lain juga, saya membaca selawat serta doa minta dipermudahkan perjalanan " Noor Hafizah berkongsi amalannya, pada masa yang sama, dia mengakui pengalamannya tidaklah seteruk pengalaman sesetengah juruterbang yang lain.
Saat saat cemas tidak menghalang Noor Hafizah meneruskan kerjaya ini. Minat dan keseronokan "terbang" mengatasi segala galanya.
sumber : Majalah Anis.