HEHE : Walau Ditolak, PM Tetap Hulur Mak Cik RM5 Untuk Lempeng Pisang



#$Tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima. Mungkin itu prinsip yang diamalkan pemimpin nombor satu negara, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketika mengunjungi Bazar Ramadan Astaka di Setiawan, Perak baru-baru ini, sebuah gerai kecil menjual kuih tradisional, lempeng pisang dan pulut udang telah mencuri pandangan beliau.


Mynewshub diberitahu, Najib mendekati gerai tersebut lantas memesan juadah berbuka puasa dari seorang wanita tua.
�Berapa harga?,� soal Najib kepada mak cik tersebut.
Namun, wanita tersebut lantas menjawab, �Ala� Tak payah Datuk Sri, tak payah� Saya bagi je.�
Walau bagaimanapun, Najib dilihat tetap menghulurkan not hijau bernilai RM5 ringgit kepada mak cik berkenaan bagi juadah yang dibelinya.
Ya, wanita tua itu bertindak demikian kerana gerangan yang muncul di kedainya itu bukanlah calang-calang, tetapi Perdana Menteri negara. Lebih mengujakan lagi, beliau turut membeli juadah yang dijualnya.
Makcik berkenaan segan kot pada masa tu.
Namun bagi Najib, ia bukan alasan untuk menidakkan kudrat tulang empat kerat mak cik berkenaan mencari rezeki.
� MYNEWSHUB.CC
Oleh: IZZAT MOHD ANUAR
Najib Tun Razak Meluangkan Masa Di Bazar Ramadan Astaka, Setiawan