Budak dua tahun ditemui merayau seorang diri

Budak dua tahun ditemui merayau seorang diri | Seorang budak lelaki berusia dua tahun sebulan ditemui merayau seorang diri di Jalan Tun Perak, Melaka Tengah, 4.15, pagi tadi oleh orang awam.

Budak dua tahun merayau seorang diri

Difahamkan kanak-kanak itu dijaga oleh rakan ibunya selepas wanita itu ditahan polis Ahad lalu kerana memandu kereta dilaporkan dicuri.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Razali Bakar berkata, sepanjang tempoh itu kanak-kanak terbabit dijaga rakan serumah ibunya.

"Siasatan mendapati awal pagi tadi rakan ibu kanak-kanak itu membawanya keluar dipercayai untuk bersahur.

"Namun kami sedang jalankan siasatan untuk mengetahui bagaimana kanak-kanak itu boleh dibiarkan seorang diri dan wanita yang membawanya keluar hingga kini gagal dihubungi," katanya.

Kanak-kanak itu akan diserahkan kepada neneknya yang tinggal di Paya Mengkuang, Alor Gajah.

sumber
http://ift.tt/1GHYYdM