3 Penyelam Di Selamat, Bot Hanyut Ketika Menyelam

3 Penyelam Di Selamat, Bot Hanyut Ketika Menyelam | Tiga penyelam yang terkandas hampir dua jam di tengah laut diselamatkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kira-kira 5.9 batu nautika dari Pelabuhan Tanjung Gelang, Kuantan, kelmarin.

3 Penyelam Di Selamat, Bot Hanyut Ketika Menyelam
Gambar Hiasan

Dalam kejadian kira-kira jam 2.19 petang itu, mangsa diselamatkan bot tempur CB 90 selepas menerima laporan kejadian mengenai sebuah bot hanyut daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Panglima Wilayah Laut 1 Laksamana Muda Datuk Azhari Abdul Rashid berkata, sebelum kejadian, tiga penyelam berkenaan, Che Mahadi Che Lah, 46, isterinya, Raja Tatina Raja Musa, 45, dan rakannya, Nor Hafisah Supaat, 32, dari bandar ini pergi menyelam di kawasan itu dengan menggunakan bot gentian kaca.

Beliau berkata, dua lagi rakan mereka yang dikenali sebagai Sahid dan Safuan pula berada di atas bot berkenaan.

�Bagaimanapun, ketika melakukan aktiviti selam, tali sauh bot berkenaan terputus menyebabkan bot itu hanyut.

�Bot itu kemudian diselamatkan sebuah bot nelayan yang kebetulan berada di kawasan berhampiran sebelum menundanya ke jeti Jabatan Perikanan di Padang Lalang,� katanya.

Menurutnya, susulan kejadian, dua lelaki terbabit membuat laporan kepada pihak berkuasa sebelum TLDM menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga rakan mereka yang melakukan aktiviti selaman.

�Mangsa yang ditemui kemudian dibawa ke Pelabuhan Kuantan kira-kira jam 3.30 petang sebelum menerima rawatan di pusat kesihatan di pelabuhan berkenaan,� katanya.

sumber
http://ift.tt/1Jh4ZCu