Isteri Bila Dah Tak Berkira Dengan Suami Tentang Gaji Isteri



Kita tak payah terlalu baik hati sangat la, isteri perlu benarkan suami laksanakan tanggungjawab nafkah sebaik-sebaiknya. Gunakan keseluruhan pendapatan suami terlebih dahulu selepas ditolak keperluan ulang alik bekerja. Jika masih tak cukup lagi, barulah isteri boleh membantu. Bukannya macam kebanyakan perkongsian yang diamalkan dengan prinsip bahagi dua sama rata. macam suami kurang tanggunjawab.

Bukan mengajar isteri-isteri diluar sana berkira, hanya sebagai menjaga kepentingan dan kebajikan isteri sahaja. Masalahnya isteri takkan sedar dan faham selagi tak diuji. Bila dah kantoi suami ada orang ketiga, barulah nak ungkit segala benda hatta belikan seluar dalam kat suami pun heboh update satus di facebook dan heboh satu dunia!
 
Isteri yang konon-kononnya membantu suami tapi realitinya sedang membenarkan suami lalai melaksanakan tanggungjawab sebenar yang patut dan perlu sebagai seorang suami dan bapa. Tanggungjawab tersebut ialah menyediakan segala keperluan isteri dan anak-anak yang munasabah dengan kehidupan harian dan tidak melanggar syarak dalam islam.
 
#�Kaum lelaki itu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) berbanding kaum wanita dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.� � #surah al-Nisa� ayat 34.



Sumber Majalah Wanita