Resepi Puding Kek Berlapis Meletop !!


Resepi Puding Kek Berlapis Meletop !

300 gm kek coklat lembab

Lapisan Tengah
[+]_30 g tepung kastad
[+]_1 biji kuning telur
[+]_600 ml air
[+]_150 ml susu cair
[+]_100 g gula pasir
[+]_1 camb serbuk agar-agar
[+]_Sedikit pewarna kuning

Lapisan Atas
[+]_30 gm tepung jagung
[+]_500 ml air
[+]_150 ml susu segar
[+]_50 g gula pasir
[+]_1 camb serbuk agar-agar
[+]_100 g coklat putih, dihiris

Cara membuatnya
[+]_1. Hiris nipis kek dan alas pada dasar loyang 22 cm.
[+]_2. Lapisan tengah: Larutkan tepung kastad, kuning telur dan sedikit air. Tuangkan ke dalam periuk.
[+]_3. Masukkan baki air, susu cair, gula, serbuk agar-agar dan pewarna kuning ke dalam periuk.
[+]_4. Kacau campuran puding di atas api sederhana hingga mendidih dan pekat.
[+]_5. Angkat dan tuangkan ke atas kek tadi.
[+]_6. Lapisan atas: Satukan semua bahan kecuali coklat putih. Kacau atas api perlahan hingga pekat.
[+]_7. Angkat dan campurkan coklat putih. Bila larut, tuangkan ke atas lapisan tengah.
[+]_8. Biar sejuk kemudian simpan di dalam peti sejuk selama 2 jam.

Resepi : Chef Norzailina Nordin.
Gambar: Chef Norzailina Nordin

Selamat mencuba
.
Share Supaya Tak Hilang.
Sila Comment "Mohon Share" dan tekan Share