Mohon Viralkan KECUAIAN Hospital "Hospital BUAT BODOH pada rakyat marhaen macam bapa saya ni" !!


Mula-mula saya ingatkan tak mau viralkan KECUAIAN hospital #princecourtmedicalcentre ni di laman sosial. Tapi memandangkan pihak hospital BUAT BODOH pada rakyat marhaen macam bapa saya nie, maka saya masukkan jugakla ke FB.
Hospital #princecourtmedicalcentre telah cuai dalam menguruskan bapa saya hingga beliau terjatuh dalam bilik MRI. Bapa saya terpaksa terima 5 JAHITAN di dahinya. Sudahla bapa saya memang ada internal bleeding di kepala, jatuh lagi & cedera lagi di kepala.

1. Bapa saya high rsik patient dihantar ke MRI room dengan wheelchair, bukan katil tanpa escort dari nurse.
2. Staff kat radiology unit BIADAP gila masa nak prepare bapa saya untuk prosedur.
3. Bila dah jatuh, pihak hospital bagi 3 version cerita berbeza macamana bapa saya jatuh.
4. Di ER, pihak hospital biarkan bapa saya tanpa rawatan selama lebih 40minit sebab staff sibuk argue nak charge bil jahit dahi bapa saya tu macamana..
5. Bila bapa saya discaj, saya kena bayar BIL PENUH TERMASUK KOS JAHIT DAHI BAPA saya yg diorg cederakan tu.
6. Bila saya buat komplen, #princecourt janji nak reply within a week. Lepas 2 minggu baru dapat reply.
7. Dalam surat reply, #princecourt cuma nak refund kos jahit dahi bapa saya sahaja sebanyak RM100 lebih. Total bil hospital ialah RM6313.



Kalau anda jadi saya, boleh sabar lagi ke?
Saya dah buat aduan kepada KKM & siasatan sedang dijalankan.

Kepada semua saya nasihatkan janganlah ke #princecourtmedicalcentre lagi. Mereka tidak pentingkan keselamatan & kebajikan pesakit. Mereka hanya fikir untung mereka sahaja.

Ada cadangan lain apa patut saya buat sekarang utk bela nasib bapa saya?

Dari facebook Intan Safizah Salim