Gara-gara sangat marah dengan tindakan anggota Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MPP) yang mengunci tayar keretanya, dua lelaki bertindak mencampak duit seperti anjin kepada penguatkuasa tersebut dengan tindakan yang sengaja untuk menghina mereka.
Video yang berdurasi 2 minit ini menunjukkan dua lelaki itu sangat marah dan mengamuk kerana tayar kereta Produa Myvi miliknya telah dikunci ekoran kesalahan lalulintas dengan meletakkan kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya.
Marah dengan tindakan itu, dua lelaki tersebut memaki dan meminta kunci untuk membuka besi pengunci tayar namun ditolak pegawai itu dengan alasan harus membayar denda terlebih dahulu sebelum membuka besi pengunci tayar itu.
Keengganan pihak berkuasa itu untuk membuka pengunci tayar membuatkan lagi lelaki tersebut menjadi semakin marah hingga meninggikan suara seterusnya seorang lagi mengeluarkan duit dari dalam beg dan mengcampakan kepada penguasa tersebut.
Apabila penguatkuasa hendak mengambil wang yang dihulur, wang tersebut terus dilemparkan ke lantai dengan amat biadap sekali. Kalau anda di tempat pegawai itu, apakah tindakan anda?.
Pihak berkuasa tersebut kelihatan amat tenang sekali menghadapi situasi tersebut dan membuka besi pengunci selepas menerima wang tersebut namun kedengaran kawannya menasihatkan agar dia tidak mengambil duit yang dilempar tersebut untuk memelihara maruah diri yang diperlakukan dengan begitu teruk sekali dan hina.
credit : ohmedia