Demi Tugas, Anggota Polis Traffik Ini Jadi Kecaman Netizen

Demi Tugas, Anggota Polis Traffik Ini Jadi Kecaman Netizen | 2 keping gambar yang disiarkan dilaman fanpage DTR menjadi viral dan dikecam masyarakat yang menuduh tanpa usul periksa.

Demi Tugas, Anggota Polis Traffik Ini Jadi Kecaman Netizen

�Anggota trafik berkenaan menjalankan tugas dan tidak seperti didakwa segelintir pihak menerusi laman sosial,� kata Ketua Polis Daerah Superintendan Som Sak Din Keliaw.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dua gambar anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah membawa tong gas di sekitar Pekan Bidor yang tersebar luas dalam laman media sosial sejak beberapa hari lalu.

Som Sak berkata, berdasarkan semakan pada 22 Jun lalu, jam 10.15 pagi, tiga anggota trafik berkenaan melakukan tugas penguatkuasaan lalu lintas di Kilometer 57, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur.

Demi Tugas, Anggota Polis Traffik Ini Jadi Kecaman Netizen

Menurutnya, ketika itu anggota berkenaan menahan seorang penunggang motosikal yang melakukan kesalahan.

Katanya, lelaki itu melakukan kesalahan tidak mengikat tali topi keledar dan dikeluarkan saman terhadapnya.

Gambar tersebut kemudiannya telah dipadam pengendali page berkenaan.

sumber
http://ift.tt/1FGth3X