Ayda Jebat Pitam Di Bilik Rakaman Suara | Ayda Jebat baru-baru ini dikatakan telah berkongsi pengalamannya yang pertama kali ketika berada dibilik rakaman suara dan membuatkan beliau hampir pitam selepas 15 minit sessi rakaman.
�Bila sudah 15 minit berada di bilik rakaman tersebut macam mula-mula itu saya mahu berhenti sebab sudah tidak boleh fokus lagi seperti mahu pengsan. Jadi saya berehat dahulu sehinggakan krew-krew yang lain memberikan saya coklat untuk membuatkan saya bertenang,� katanya yang ditawarkan sebagai salah seorang watak alih suara bahasa melayu filem Transformers yang dijangka akan ditayangkan di saluran HBO pada Raya pertama ini.
Tambahnya lagi, sungguhpun tidak melakukan aksi-aksi seperti berlakon dalam drama, proses rakaman ini membuatkan dirinya perlu fokus dan menghayati setiap peranan dan watak yang diberikan pengarah kepadanya.
�Ini pertama kali saya melakukan proses rakaman atau �dubbing� yang sememangnya tidak dinafikan lagi ini adalah perkara yang susah berbanding dengan lakonan di depan kamera. Tetapi saya sungguh teruja untuk membuatnya walaupun ini adalah pengalaman pertama�
�Contohnya kalau dalam filem itu nkena berlari saya akan termengah-mengah juga berlari dalam studio walaupun pengarah kata tidak perlu, tetapi saya inginkan feel itu,� ujarnya yang menerima tawaran ini selepas sahaja memenagi Artis Baru Wanita Popular ABPBH 2014.
Sementara itu, Ayda Jebat akan memasuki studio untuk merakamkan single nya yang terbaru.
�Selepas ini saya akan merakamkan lagu terbaru dan agak berdebar juga kerana saya sememangnya daripada awal merupakan penyanyi yang dilahirkan menerusi program reality dan akan sibuk pula ke studio selepas sahaja penggambaran drama, � tambahnya lagi.
sumber
http://ift.tt/1BQLn8E