Petaling Street Diserbu KPDNKK !

Petaling Street Diserbu KPDNKK !


KUALA LUMPUR 30 Mei - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) merampas barangan berjenama tiruan bernilai lebih RM80,000 dalam roperasi di Jalan Petaling, kelmarin.

Timbalan Pengarahnya, Rosli Ahmad berkata, barangan tiruan berupa beg, dompet dan tali pinggang itu menggunakan jenama terkenal seperti Louis Vuitton, Prada, Chanel dan Gucci.

�Sejumlah 475 unit barangan berkenaan bernilai RM83,300 disita hasil serbuan ke atas dua premis di Jalan Petaling itu.

�Tindakan berkenaan diambil bawah Seksyen 8 (2) Akta Perihal Dagangan 2011, jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000 bagi setiap unit barangan palsu atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya sekali,� katanya kepada Sinar Harian.

Operasi berkenaan melibatkan sembilan penguatkuasa diketuai oleh ketua operasi, Ahmad Wildan Mat Hussin.

Katanya, tindakan berkenaan dibuat hasil aduan diterima dan akan diteruskan dari semasa ke semasa.

�Tindakan juga akan diambil sekiranya terdapat aduan daripada pemilik cap dagangan,� katanya.