Bahasa Malaysia Terancam dalam Negara Sendiri?

Bahasa Malaysia Terancam dalam Negara Sendiri?| Mari kita lihat apa yang menyebabkan Bahasa Malaysia kini makin pupus di negara sendiri? Baca Selanjutnya.

Bahasa Malaysia Terancam dalam Negara Sendiri?

Bahasa merupakan cerminan bangsa, rosak bahasa, rosaklah bangsa. Itulah yang seharusnya kita ingat dan jangan pernah lupa. Antara contoh negara-negara yang berjaya naikkan bahasa mereka di persada dunia adalah seperti Jepun, Perancis, dan baru-baru kini adalah Korea Selatan. Korea Selatan contohnya telah membawa suatu kejutan budaya kerana dengan muziknya telah menyebabkan ramai daripada seluruh negara yang ingin mempelajari Bahasa Korea kerana meeka sendiri, (rakyat korea) mengagungkan bahasa mereka sendiri. Kita?

1. Kita mudah terpengaruh

Rakyat Malaysia, Melayu khususnya antara manusia di muka bumi yang mudah terpengaruh dengan sesuatu yang mereka rasakan 'up-to-date' kononnya sehingga melupakan asal-usul kita. Bak kata pepatah  Melayu Lama, ''Bagai kacang lupakan kulit''. Padahal kita di kampung sana makan sambal belacan, di Kota Raya kita berlagak seperti ''Mat Salleh'' pula. Kenapa imej ketimuran daripada segi dalam bahasa tidak kita agungkan daripada kita sibuk meniru yang lain?

2. Asuhan mentaliti daripada sejak kecil 

Ya,asuhan keluarga daripada kecil lagi juga memainkan peranan yang sangat memberi impak kepada anak kita tatkala mereka dewasa nanti. Mengapa ramai ibu bapa di luar sana merasakan pendidikan yang menggunakan Bahasa Inggeris itu adalah yang terbaik dan berprestij? Cuba anda fikirkan dan bayangkan, tidakkah kita merasa bangga apabila melihat apabila bahasa kita dituturkan sehingga ke luar negara seperti mana zaman Kesultanan Melaka?

3. Persekitaran

Persekitaran adalah salah satu faktor yang mempengaruhi kuat kepada generasi muda. Kalau ibu bapa sendiri mengagungkan bahasa lain, mana mungkin anak kecil itu akan berbahasa Melayu fasih?


gambar sekadar hiasan


Sebaliknya warga asing yang datang ke dalam Malaysia, mereka lebih suka untuk bertutur dalam bahasa Malaysia, perumpamaan kepada mereka, ''di mana bumi di pijak, di situ lah langit dijunjung. Mereka sedar, untuk diterima oleh masyarakat setempat, bahasalah merupakan terbaik untuk mereka mendapat tempat dalam hati masyarakat kita. Kita pula, asyik dengan bahasa inggerisnya, bahasa koreanya, bahasa sendiri siapa yang nak bangga-banggakan? Bangla? Buka minda, buka hati, kenali diri.