Pekin Memohon Ampun Kepada Ibunya Kerana Bersolek Seperti Perempuan?

Pekin Memohon Ampun Kepada Ibunya Kerana Bersolek Seperti Perempuan?| Ini antara tindakan Pekin terhadap ibunya apabila berlakon watak seperti ini.


Pekin Memohon Ampun Kepada Ibunya Kerana Bersolek Seperti Perempuan?


Rata-rata penduduk Malaysia akan memberikan tanggapan negatif terhadap industri perfileman negara jika sesebuah filem itu menyentuh sensitiviti agama dan menongkah arus tabie manusia. Namun bila ditanyakan kepada pelakon otai Malaysia kita yang masih lagi ''laku'' sehingga hari sekarang, ini merupakan cabaran dan dugaaan sebagai seorang pelakon. Pekin yang dahulunya membawa watak ganas dalam filem #Ophilia kini membawa watak sebagai seorang bapok atau pondan.

''Saya meminta maaf kepada ibu saya terlebih dahulu kerana mengambil watak ini , saya juga menerangkan kepada ibu saya bahawa anak lelakinya ini masih berada dijalan yang lurus dan tidak menyimpang daripada norma-norma kehidupan manusia biasa''.

Dugaan dan kritikan bakal dihadapi kepada Pekin selaku pelakon yang membawa watak yang sangat sensitif dalam masyarakat melayu dan rakyat Malaysia. Persoalannya, apabila undang-undang Malaysia telah memberi kelonggaran kepada golongan transgender ataupun bapok untuk berpakaian wanita, apakah negara kita yang berdaulat ini masih dalam kategori negara islam. Itu andalah sendiri yang jawab,

Pada pendapat peribadi saya, pendedahan terhadap golongan seperti kepada masyarakat tanpa tapisan dan saluran yang sesuai, ianya akan memberi kesan samaada positif mahupun negatif. Albert Einstein pernah berkata, manusia tanpa agama perumpamaanya gila.

Mengulas lanjut berkenaan watak-watak seperti yang dilakonkan oleh Pekin sekarang, terlalu lah amat sensitif dalam benak pemikiran masyarakat majmuk di Malaysia. Persoalannya, bersediakah kita melihat suatu anjakan paradigma rakyat dalam berfikir dan menyebabkan kehancuran moral di masa hadapan kelak.

Sedikit pesanan daripada admin, manusia tanpa akal, ibarat seketul daging yang tidak bernyawa. Mampukah kita bersama-sama dalam menaik tarafkan industri perfileman negara kita?