Keputusan SPM 2014 Merudum Teruk?| Ayuh lihat respons Menteri Pendidikan mengenai keputusan SPM yang baru keluar semalam. Baca selanjutnya.
Keputusan SPM 2014 Merudum Teruk?
Shah Alam- Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhydin Yassin juga turut mengakui akan penurunan pencapaian keseluruhan Sijil Pelajaran Malaysia 2014 dan mengatakan pihak kementeriannya akan membuat kaji selidik berikutan merudumnya pencapaian SPM 2014 kali ini. Walau bagaimanapun, Tan Sri Muhydin Yassin masih mengatakan pencapaian SPM 2014 kali ini juga adalah suatu pencapaian yang agak memuaskan dan masih lagi mengikut trend pencapaian mengikut tahun-tahun sebelum ini.
Berkata lagi Menteri Pendidikan itu, walaupun soalan SPM kali ini banyak menekankan (KBAT) kemahiran berfikir aras tinggi, namun pencapaian cemerlang sesetengah sekolah masih lagi menunjukkan bahawa soalan ini masih mampu dijawab oleh pelajar.
Soalan (KBAT) kemahiran berfikir Aras Tinggi ini menekankan seperti soalan seperti penaakulan pengiraan ilmu hisap, kemahiran membuat hipotesis, dan juga memberikan inferens dalam kesimpulan dalam sejarah untuk menjangka situasi antara soalan-soalan mencabar yang dihadapi oleh para calon SPM 2014.
P/s: Walau bagaimanapun, pihak Kami, Sembang Terbang ingin mengucapkan tahniah kepada calon-calon yang cemerlang dalam keputusan SPM yang baru dikeluarkan semalam. Kepada yang gagal, ingatlah pesan kami, sesungguhnya kegagalan itu adalah salah satu jalan untuk menyedarkan diri kita agar berjaya. Jangan terlalu stress ya :).