Zed Zaidi Selar Diana Danielle Isu Gambar Menjolok Mata

Zed Zaidi Selar Diana Danielle Isu Gambar Menjolok Mata| Apakah yang dimaksudkan oleh Zed Zaidi. Baca Selanjutnya.

Zed Zaidi Selar Diana Danielle Isu Gambar Menjolok Mata

''Jangan jadi kurang pandai dalam memilih 'Job' ''. Terang Zed Zaidi pabila disoal mengenai isu Diana Danielle berpakaian menyeksa mata dalam majalah.

Kita sebagai artis haruslah tahu sensitiviti masyarakat dan haruslah sedar bahawa kini maklumat tersebar dengan pantas dan mudah dalam laman sosial. Manakala, mentaliti dan pandangan masyarakat terhadap selebriti kini mudah berubah jika tindak tanduk kita menongkah arus sensitiviti masyarakat dalam Malaysia. Terang Zed Zaidi.

''Memanglah rezeki masing-masing, namun hendaklah memilih kerja yang bersesuaian dengan kita. Kita tidak tahu agenda sesuatu syarikat barangkali hendak menjatuhkan kita di sebalik kerja yang ''masyuk''. Kami, persatuan seniman juga menawarkan khidmat kaunseling untuk para selebriti tanah air untuk artis-artis yang ditimpa kontroversi yang melampau.

''Kami daripada Persatuan Seniman berharap Suruhan Jaya Komunikasi Malaysia  (SKMM) dapat mengambil tindakan kepada mereka yang melampau dalam penulisan sehingga menabur fitnah yang tidak relevan''.

Mengenai isu gambar Diana Danielle, yang lepas biarkan lah dijadikan sempadan. Harap dimaafkanlah si dia. Jangan kerana susu setitik, rosak sepanjang hidupnya. Tegas Zed Zaidi.

p/s: Wah, bergaya sungguh penampilan Zed Zaidi kali ini, teguran dan nasihat langsung tidak berat sebelah. Ayuh, buanglah yang keruh, ambil yang jernih.

-Crew Sembang Terbang-