Ibu Ini Berkongsi Tips Mujarab Bayi Bebas Demam Kuning!


Demam kuning atau dalam istilah bahasa inggerisnya jaudice merupakan antara jangkitan popular yang dialami oleh bayi baru lahir. Penyakit ini tidak bahaya tetapi boleh jadi bahaya malah boleh membawa maut sekiranya tiada rawatan susulan diambil.
Selepas anak disahkan menghidap demam kuning, suami terutamanya harus berkorban masa dan tenaga menghantar isteri beserta bayi ke hospital atau klinik untuk mendapatkan rawatan.
Selain itu, apa yang boleh suami lakukan sebagai langkah pencegahan? Suami boleh lah membekalkan bahan-bahan di bawah untuk dijadikan sebahagian daripada rutin makanan/minuman harian isteri sewaktu mengandung.

PATI DELIMA

Cara pengambilan: Minima 500ml sekali minum

AIR KELAPA MUDA

Cara pengambilan: Tiada sukatan khas tetapi harus diminum setiap hari terutamanya jika hampir bersalin

MINUM AIR RIBENNA

Cara pengambilan: Bebas

SUSU KAMBING

Cara pengambilan: Minum 2 cawan sehari. Semasa sarapan dan sebelum tidur

MADU

Cara pengambilan: 5 sudu air madu ATAU 3 sudu tanpa air setiap hari

KURMA

Cara pengambilan: Makan semasa sarapan setiap hari
———————————
Dengan izin Allah, bayi yang anda bakal lahirkan akan bebas daripada jangkitan demam kuning. Kita sudah berusaha tetapi usah lupa yang sebaik-baik perancangan adalah daripada dia yang Maha Kuasa 😉
Jangan lupa kongsi jika dirasakan bermanfaat!
Kredit gambar: L’Capri dan White Mommy