Wow.. Lautan Manusia Kini Serang Ikea Cheras! Ini 6 Sebab Korang Wajib Pergi Ke Sana.. Have Fun!


Ikea kali pertama buka cawangan di Malaysia di Bandar Utama dan selepas itu Ikea pindah cawangan ke Mutiara Damansara pada tahun 2003. Kalau tak selama ni bagi yang kalau nak beli barang rumah di Ikea, korang memang takde pilihan melainkan datang ke Mutiara Damansara tu.
Haa.. tapi sekarang ni tak jadi masalah lagi dah kerana Ikea sudah buka cawangan lagi satu yang berpusat di Cheras. Wahh.. dengar cerita orang ramai dah sanggup beratur dari awal pagi semata-mata nak jadi antara orang terawal nak masuk ke Ikea tu. Gila laa..

1) Cawangan paling besar di Malaysia



Kalau korang nak tahu Ikea di Cheras ni merupakan cawangan yang paling besar di Malaysia selepas Ikea di Mutiara Damansara.
Wow.. ramai gila orang beb!



2) Ada promotion hebat sampai ahad ni!



Ada promotion yang best kat Ikea Cheras sekarang ni sampai 22 haribulan ni (Ahad). Cepat la korang pergi selagi ada promosi. Bukannya senang beb.

3) Tempat makan yang lagi luas dan besar




Selain daripada barang rumah, kalau cakap meatballs mesti korang terus teringat kat Ikea kan? Tapi selalunya nak makan pun sesak sebab ramai orang sangat.
Tapi kat Ikea Cheras boleh menampung seramai 780-800 tempat duduk untuk korang makan makanan kat sana. Ikea Mutiara Damansara punyai lebih kurang 500 tempat duduk sahaja.

4) Ada glass house.. Kat Ikea Mutiara Damansara takde





Ikea Cheras ni satu-satunya ada glass house yang korang boleh ushar..

5) Lepas ni Ikea dah tak sesak



Salah satu kelebihan Ikea buka cawangan yang baru ialah orang yang jauh dari Cheras, Kajang, Bangi, Ampang tak payah nak drive jauh-jauh semata-mata nak pergi Ikea. Mungkin dapat mengurangkan kesesakan lautan manusia di Ikea. Hehe

6) Mempunyai kapasiti parkir yang banyak




kea di Cheras ni juga menyediakan tempat parkir sebanyak 1762.. Wow macam banyak je!
Alamat: IKEA Cheras, No. 2A, Jalan Cochrane, Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur.

Kredit: OhBulan