Jiran Mangsa Ditahan, Suspek Dipercayai Terlibat Pembunuhan Kejam Kerani

Jiran Mangsa Ditahan, Suspek Dipercayai Terlibat Pembunuhan Kejam Kerani


Polis Johor telah menahan jiran mangsa yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan kejam seorang wanita yang bekerja sebagai kerani sekolah agama di Taman Setia Kasih, Sungai Terap.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, SAC Kamarul Zaman Mamat berkata suspek berumur 30 tahun yang merupakan jiran terdekat mangsa di taman perumahan itu.

Supek ditahan pihak polis pukul 6 petang tadi berikutan gagal memberikan keterangan yang memuaskan kepada polis semasa siasatan dijalankan.

Ini komennya:

"Suspek yang juga seorang pegawai kerajaan telah berkahwin dan mempunyai dua anak,"

"Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan juga turut mempunyai dua rekod jenayah lampau membabitkan jenayah kekerasan dan memiliki dadah," 

Sebelum ini, kes pembunuhan kerani sekolah agama, Nurul Shahira Mohamed Yatim yang ditemui terbaring dengan kesan jerutan di lehernya di rumahnya mengejutkan rakyat Malaysia.

Mangsa ditemui jiran selepas enjin kereta Honda Civicnya tidak ditutup selama empat jam bermula pukul 2 petang, selain pintu pemandu kereta dan pintu rumah terbuka menyebabkan jiran terasa pelik dan mencarinya.

Polis kemudian bertindak menahan 6 warga Nepal berumur 25 hingga 43 tahun yang bekerja di kawasan berhampiran selang beberapa jam selepas menemui mayat mangsa bagi membantu siasatan.

Beliau turut berterima kasih kepada masyarakat yang telah menyalurkan maklumat kepada polis dalam membanteras jenayah kejam itu.

Sumber: Awani