Membina tabiat tidur si bayi merupakan antara tugas yang paling mencabar buat mereka yang baru sahaja bergelar ibu bapa. Untuk membentuk mindset bahawa malam adalah waktu untuk tidur, siang waktu untuk bermain bukanlah semudah seperti yang disangka. Bagi mencapai tujuan ini, ibu dan bapa harus bergilir-gilir menjaga anak walaupun jam menunjukkan pukul 3 pagi. Kena berkorban waktu tidur masing-masing.
Namun sekiranya kita tahu bagaimana membuatkan bayi berada dalam keadaan ‘mahu tidur’, perkara akan menjadi lebih mudah! Baca 6 tips di bawah dan amalkan. Semoga berjaya
1. DODOIKAN DENGAN ALUNAN MUZIK ATAU SURAH
Sewaktu tengah menyusukannya, cuba mainkan alunan lagu pada nada yang rendah. Lebih baik, bacakan surah-surah pendek atau nasyid atau berzikir.
2. TEMPAT TIDUR YANG SELESA
Pastikan alas katilnya tidak berbau loya dek termuntah semalam. Bantal bebas habuk, suhu bilik yang tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Wujudkan suasana yang selesa.
3. BIARKAN MAIN SAMPAI LETIH
2-3 jam sebelum si bayi mahu tidur, biarkan sahaja dia bermain, berguling-guling, gusti dengan anak patung, merangkak keliling rumah, apa-apa sahaja aktiviti yang aktif. Sampai satu tahap bila sudah penat, dia akan menangis dan merengek untuk meminta susu dari ibunya (tanda mahu tidur).
4. SAPUKAN BABY OIL SAMBIL URUT BADANNYA
Jangan sangka orang dewasa sahaja suka diurut, bahkan bayi pun sama! Selain untuk mengalakkannya masuk tidur, urut juga memberi manfaat seperti…
– membina hubungan kasih sayang ibu dan anak
– merangsang pembesaran dan pertumbuhan
– melegakan tekanan
– menguatkan tulang-tulang pada otot
– merangsang pembesaran dan pertumbuhan
– melegakan tekanan
– menguatkan tulang-tulang pada otot
5. ELAKKAN RANGSANGAN
Contoh, bunyi-bunyi daripada alat permainannya, menyergah si bayi. Cuba jangan buat ketika dia hampir tidur. Nanti tidak pasal-pasal kena melayan sampai subuh.
6. MANDIKAN AIR SUAM
Ya. Anda tidak silap baca. Basahkan bayi anda dengan air suam sebelum dia tidur. Lihat testimoni di bawah hasil daripada seorang ibu yang mengamalkan tips ini.
Kredit: OhsemMama