Ada segelintir ibu yang tidak tahu bahawa susu ibu sangat unik dan bersifat individual. Jadi, antara seseorang ibu dengan ibu yang lain, mungkin fizikal susu itu berbeza. Pada awal kelahiran, ramai ibu yang sudah memulakan susu formula kepada bayi kerana menyangka susu mereka cair dan khasiatnya kurang. Jadi, bayi tidak cukup susu dan sentiasa menangis.
Sebenarnya ini adalah salah satu rahsia susu ibu yang tak ramai orang tahu. Penciptaan susu ibu itu terlalu istimewa dan tidak boleh ditiru oleh mana-mana susu formula, walaupun yang terbaik di dunia ini.
Secara kasarnya, susu ibu wujud dalam 2 keadaan:
1. Foremilk atau susu dihadapan adalah susu yang keluar awal semasa menyusu, biasanya lebih cair.
2. Hindmilk atau susu terbelakang ialah susu yang keluar selepas beberapa minit menyusu, dan susu ini sudah tentu kelihatan lebih pekat.

Kesimpulannya kejayaan penyusuan ibu atau perkembangan tumbesaran bayi tidak bergantung kepada pekat atau cair susu ibu itu. Susu ibu tetap yang terbaik dan tiada tandingan dari semua segi. Kalau mahu dibandingkan susu ibu dengan susu formula memang jauh sangat perbezaannya.
Yang penting penyusuan diteruskan dan dilakukan sekerap mungkin untuk memastikan proses penghasilan susu ibu berjalan lancar.
Kredit: OhsemMama