Kalau Haramkan Vape, Haramkan Rokok Juga - Khairy Jamaluddin
Kini sedang kecoh dengan isu vape. Sana sini sibuk bincang isu vape ini. Ada yang suka dan ada yang tak suka.
Apatah lagi kerajaan kini sibuk mengkaji industri vape. Dan ada juga yang memberi pandangan supaya vape diharamkan.
Bagi Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ), sekiranya vape diharamkan, maka rokok juga perlu serta merta diharamkan.
Ini komennya: (sumber:Twitter KJ)
"Saya menyokong peraturan yang kukuh bagi kedua-duanya. Tetapi jika hendak mengharamkan satu, haramkan kedua-duanya. Kita menghabiskan terlalu banyak masa untuk ini,"
Ini komen KJ:
Beberapa hari yang lalu, industri vape kembali panas apabila Kementerian Kesihatan telah menyerbu dan merampas flavor di kedai vape tanpa sebarang notis atau amaran.
KJ juga meminta menghentikan segala serbuan ke atas kedai vape ini dan meminta membuat peraturan dahulu.
Ini komennya: (sumber:FreeMalaysiaToday)
“We need to remember that most of these businesses did not have any rules before. They have made huge investments and suddenly all their stock is confiscated. It’s very bad for their businesses,”
“We understand that this is a matter of health, that’s why we asked for regulations. But the Ministry of Health has to have a clearer stand,”
“As far as I know, until the Ministry of Health has proper rules and regulations, they cannot stop businesses from operating. That is the Cabinet’s decision and it should be respected,”
Kredit: SembangTerbang