Bimbang melihat anak anda batuk tak henti-henti? Ibu mana yang tidak risau melihat permata hatinya berada dalam keadaan yang tidak sihat. Dari perspektif Islam, sakit merupakan penghapus dosa-dosa kecil. Dari sudut sains pula, batuk merupakan salah satu proses penyembuhan daripada penyakit kerana membantu mengeluarkan mukus dan bakteria dari dalam badan.
Info am: Secara general batuk terbahagi kepada dua jenis iaitu berkahak dan tidak berkahak (batuk kering)
Banyak sebenarnya kaedah alternatif untuk menyembuhkan batuk selain daripada menelan ubat yang boleh diperoleh daripada farmasi. Tanpa membuang masa, mari baca lebih lanjut!
1. LEMON DAN TEH MADU
Cara penyediaan: 2 sudu jus lemon dicampur dengan 1 sudu madu. Kemudian masukkan secubit serbuk lada merah dan telan.
Rahsia di sebaliknya: Madu melegakan tekak daripada gatal. Jus lemon membantu mengurangkan inflamasi serta membekalkan vitamin C. Serbuk lada merah meningkatkan peredaran darah.
2. ASAM JAWA
Cara penyediaan: Gaul sehingga larut beberapa biji asam jawa bersama dengan air suam. Buang biji (sekiranya ada). Minum atau berkumur air tersebut setiap 3 jam.
Rahsia di sebaliknya: Menimbulkan suasana yang tidak kondusif untuk pembiakan bakteria. Jadi bakteria pun susah untuk hidup dan beranak-pinak di dalam tekak anda.
3. AIR GARAM
Cara penyediaan: Tambah 1 per 4 sudu garam ke dalam gelas berisi 237ml air suam. Kemudian, kumur-kumur dan buang. Lakukan beberapa kali setiap hari sehingga batuk lega.
Rahsia garam: Membantu membersihkan kahak dan turut bertindak sebagai antiseptik (bahan yang membunuh kuman dan bakteria).
4. KHIDMAT SPA
Mempunyai masa yang terluang dan lebihan wang ringgit? Dapatkan perkhidmatan urutan spa! Bukan sahaja dapat meredakan batuk, malah membuang toksik-toksik lain yang terperangkap di dalam badan.
Tips spa: Boleh lakukan carian di internet untuk mengetahui spa yang bagus berdekatan kawasan anda. Mana tahu boleh terjumpa kupon diskaun sekali!
Jangan lupa untuk minum air yang banyak setelah habis sesi rawatan di spa. Badan anda memerlukan air untuk pemulihan.
5. MANDI AIR PANAS
Sebagai persediaan, panaskan air di dalam cerek dan masukkan ke dalam baldi. Tambah sedikit air suam supaya tidak terlampau panas. Nanti melecur pula badan anda hehe
Sebaiknya rendamkan badan anda dalam tab mandi (sekiranya ada) untuk mendapat hasil yang lebih efektif. Kebaikan air panas adalah melancarkan peredaran darah dan mengembangkan saluran pernafasan.
6. MENTHOL
Adakah anda familiar dengan minyak sapu Vicks? Ia mengandungi menthol dan sangat baik untuk melegakan tekak. Sapukan minyak Vicks pada bahagian leher serta dada dan biarkan selama 30 minit sebelum dibersihkan.
Anda boleh juga makan gula-gula seperti lozenges Woods’ Peppermint semasa sakit batuk.
7. CHEST PERCUSSION
- posisikan badan anda dalam keadaan meniarap
- minta seseorang untuk menepuk belakang anda dari bawah ke atas (bahagian buah pinggang jangan tepuk)
- ulang beberapa kali sehingga anda berasa lega
- jangan lupa untuk minum air setiap 30 minit
8. SUP AYAM
Disebabkan ciri anti-inflamasi yang terkandung dalam sup ayam, ia baik untuk meredakan batuk. Selain itu anak anda turut akan berasa enjoy menikmatinya kerana majoriti kanak-kanak suka makan ayam!
MEMPERCEPAT PROSES PENYEMBUHAN BATUK
Setelah mengamalkan kaedah-kaedah alternatif di atas, patuhi senarai di bawah untuk menyembuhkan batuk anda dalam tempoh masa yang singkat:
- rehat secukupnya
- kurangkan bercakap
- elak makan labu dan terung
- elak makan produk tenusu (seperti keju, susu)
- elakkan makanan berminyak
- jika anda perokok tegar, kurangkan atau jangan merokok terus
Batuk melebihi 2 minggu ke atas? Petanda anda harus berjumpa doktor dengan segera! Bimbang anda menghidap penyakit lain yang menyebabkan batuk berlangsung untuk tempoh masa yang lama.
Semoga para pembaca kembali sihat dan dapat melakukan rutin harian seperti biasa :)
Kredit: OhsemMama