“Take Care Baby, Allah Will Be Always With You” – Pesan Akhir Suami Kepada Isteri Sebelum ‘Pergi


Amat menyedihkan, kata-kata pilu oleh suami kepada isteri sebelum ajalnya tiba. Suaminya yang terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) baru-baru ini seolah-olah sudah tahu masanya ‘sudah tiba’.

Dikhabarkan, pasangan ini baru sahaja enam bulan berkahwin, namun apakan daya ajal maut ditangan tuhan. Semoga isteri tabah dan kuat mengharungi dugaan ini dan Muhammad Faizol Mohammad di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-fatihah.

“Take Care Baby, Allah Will Be Always With You”



Mangsa, Muhammad Faizol Mohammad, 26, terbunuh selepas kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar tembok kepala jambatan sebelum kenderaan terbalik.
Menerusi Sinar Harian semalam, kejadian berlaku kira-kira jam 10.45 malam di Kilometer 252.1 di Jabor, ketika mangsa yang bekerja di syarikat minyak dan gas, Athlene Kerteh dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Kuala Terengganu.

Sumber: OhBulan