Gurauan Melampau, Rakan Letak Mercun Dalam Poket | Gurauan melampau! Seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun terbakar di paha kanan dipercayai menjadi mangsa gurauan rakan sekampungnya yang meletakkan mercun jenis naga ke dalam poket seluar dipakainya, dalam kejadian di Kampung Darat Pak Chang, Marang, Sabtu lalu.
Dalam kejadian lebih kurang jam 7.15 malam, Mohd Haziq Arfan Abdul Fatah, 6, murid pra Sekolah Kebangsaan Bukit Gasing, Marang, dipercayai bermain mercun bersama rakannya yang berusia 12 tahun berhampiran rumah mereka.
Menurut ibu mangsa, Kasmani Salleh, 50, dia hanya menyedari kejadian yang menimpa anak bongsu daripada lapan beradik itu selepas mendengar tangisan mangsa dan ternampak dia bergegas masuk ke dalam bilik air dipercayai untuk membasuh seluar dipakainya yang ketika itu sedang hangus terbakar.
�Semasa kejadian, saya sedang sibuk sediakan juadah berbuka di dapur dan memang ada terdengar bunyi dentuman serta suara dia menjerit menangis tapi saya tak ambil perhatian sangat.
�Tapi, selepas ternampak dia bergegas masuk ke dalam bilik air dengan keadaan seluarnya yang masih berasap, ketika itulah saya mula curiga dan ekorinya untuk tahu kejadian sebenar.
�Saya terkejut selepas ternampak hampir separuh seluar dipakainya hangus dan dapati separuh paha kanannya juga terbakar,� katanya ketika ditemui di wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), semalam.
Katanya lagi, melihatkan keadaan yang agak kritikal itu, dia hanya sempat minum air sahaja semasa berbuka dan terus bergegas membawa anaknya ke Klinik Kesihatan Marang sebelum dibawa untuk rawatan lanjut ke wad kecemasan HSNZ.
Jelasnya lagi, setelah disoal siasat, anaknya memaklumkan kejadian itu berlaku apabila rakan sekampungnya itu hendak bergurau dengan membakar mercun naga sebelum memasukkan ke dalam poket seluar dipakainya.
�Dia bagi tahu, rakannya itu hendak bergurau dengan memasukkan mercun yang telah dinyalakan ke dalam poket seluarnya dan mungkin tidak menyangka mercun berkenaan boleh meletup sedemikian rupa,� katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Abdul Rahman menjelaskan sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian mangsa mercun.
Dalam masa sama, Rosli menasihatkan orang ramai terutamanya ibu bapa agar sentiasa memantau anak masing-masing daripada terlalu bebas bermain mercun musim perayaan ini bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.
sumber
http://ift.tt/1KyKjHD