Penjelasan Pegawai Pengiring Rosmah Mengenai Layanan Istimewa Pakai Kasut | Video mengenai Datin Rosmah Mansor yang dipakaikan kasut oleh seorang petugas semasa menghadiri jamuan berbuka puasa bersama Karangkraf menjadi viral setelah seorang petugas dilihat memakaikan kasut untuknya.
Terdahulu, seorang pegawai beliau telah membuat kenyataan mengenai tahap kesihatan Datin Rosmah yang sakit belakang menjadi punca dia diberi layanan istimewa. Kali ini seorang lagi pegawai pengiring Rosmah bernama, Sri Diah Shaharuddin memberi penjelasan menerusi laman FB nya.
sumber
http://ift.tt/1IyWtjE
Terdahulu, seorang pegawai beliau telah membuat kenyataan mengenai tahap kesihatan Datin Rosmah yang sakit belakang menjadi punca dia diberi layanan istimewa. Kali ini seorang lagi pegawai pengiring Rosmah bernama, Sri Diah Shaharuddin memberi penjelasan menerusi laman FB nya.
Malam kelmarin 2 Julai 2015 bersamaan 16 Ramadan, saya telah diamanahkan memegang tanggungjawab mengiringi Datin Seri (DS) Rosmah Mansur dari mula beliau sampai ke meja jamuan untuk berbuka puasa - ke Masjid Karangkraf untuk solat Maghrib - sesi Tazkirah bersama Ustadh Nouman Ali - solat Isyak - solat Terawih - witir - kemudian kembali semula ke meja makan untuk moreh. Tugas saya selesai sehingga beliau naik kereta berlalu pulang.
Sebelum berbuka puasa beliau minta maaf kerana datang terlewat. Datuk Seri Najib sudah sampai lima belas minit, baru kereta yang membawa DS Rosmah tiba kerana mereka datang dari dua lokasi dan majlis yang berbeza dan berjanji bertemu di Karangkraf. Dalam dewan makan DS Rosmah duduk di meja jemaah wanita manakala DS Najiib duduk bersama kumpulan lelaki.
Semasa menjamah hidangan berbuka kami bersembang hal puasa dan kerja-kerja amalnya. Beliau mengatakan sebelum ke Karangkraf beliau terbabit sesi penyerahan sumbangan hari raya untuk pasukan keselamatan, kakinya lenguh kerana berdiri agak lama. Sebelum meninggalkan meja makan untuk solat Maghrib saya nampak DS Rosmah menelan dua biji pil.
Dengan menaiki buggy istimewa Karangkraf, kami ke masjid untuk bersolat. Saya tetap di sisi beliau dan isteri CEO Karangkraf, Datin Jamilah Yahya. Ketika sesi tazkirah sementara menanti solat Maghrib DS Rosmah sudah mula mengurut tapak kaki, lutut dan betisnya.
Ketika ini beliau sudah tidak larat bersila dan memohon kerusi untuk duduk daripda pembantunya. DS Rosmah turut meminta satu lagi kerusi untuk Datin Jamilah duduk, kerana segan beliau seorang saja yang duduk di kerusi sedangkan jemaah lain duduk bersila di karpet..
Solat Isyak tanpa menggunakan kerusi, nampak jelas payahnya DS Rosmah hendak sujud dan duduk antara dua sujud. Selepas Terawih berlakulah insiden ini, iaitu ketika keluar dari Masjid Karangkraf, mata saya sendiri melihat pembantunya menghulurkan/meletakkan sandal - (bukan sepatu) ke hujung kakinya. (Isu tolong pakaikan kasut tidak betul!)
Saya faham dalam usia 64 tahun dan bertubuh rendah gempal, beliau agak payah hendak tunduk, apalagi dengan aktiviti siang yang padat dan berdiri lama di majlis anggota keselamatan sebelah siangnya.
* Untuk pengesahan saya menanti Nightline jam 12 malam dan memang ada laporan berita hal penyerahan sumbangan untuk pasukan keselamatan itu.
Dalam rakaman video yang tersebar, hanya saya dan isteri CEO sahaja orang awam. Semua yang kelihatan adalah pegawai pengiring, pegawai Jabatan Perdana Menteri dan pengawal keselamatan.
Jemputan press (wartawan dan jurugambar) memang ramai menanti di luar Masjid Karangkraf. Saya tidak pasti siapa yang mengambil rakaman video yang tersebar. Ketika ini buggy yang membawa DS Najib sudah lama meninggalkan perkarangan Masjid Karangkraf bersama CEO Karangkraf, Datuk Hussamuddin.
Dalam dewan makan kami sekali lagi semeja untuk moreh. Selepas moreh saya lihat DS Rosmah menelan lagi dua biji pil.
* Isunya di sini ialah niat insan menyebarkan video yang turut membabitkan kakak baju rona kuning dengan tudung kuning itu. Apa niatnya? Penyiara n video itu dan komen-komen juga perkongsian video itu hingga mendatangkan komen negatif dan fitnah, sebenarnya semakin memenuhkan kantung pahala insan yang dituduh.
Alangkah eloknya jika beliau menulis dan mengatakan:-
Isteri PM tidak sihat kerana aktivitinya yang padat, dalam usianya 64 tahun dan bertubuh gempal. Seperti kita selalu hormatkan orang yang lebih tua daripada kita, memang wajar pembantu peribadi DS Rosmah tolong menghulurkan kasut untuk disarung oleh DS Rosmah, seperti kita selalu hulurkan kasut ke kaki emak kita.
* Silakan share jika sudi - semoga dengan perkongsian ini kita dapat bersama-sama membantu memadamkan dosa-dosa komen negatif dan dosa fitnah yang berleluasa.> Ahmad Bin Sa'abun
sumber
http://ift.tt/1IyWtjE