Uqasha Senrose Terharu Bila Syafiq Kyle Umum Hubungan

Uqasha Senrose Terharu Bila Syafiq Kyle Umum Hubungan | Uqasha Senrose terharu apabila aktor Syafiq Kyle berani membuka mulut mendedahkan secara terbuka dalam sebuah akhbar mereka adalah pasangan kekasih.

Uqasha Senrose Terharu Bila Syafiq Kyle Umum Hubungan

Bagaimanapun kata Uqasha, sebagai wanita dia tidak mahu bercakap mengenai soal berkenaan secara berlebih-lebihan kerana bimbang ia akan disalah ertikan oleh sesetengah pihak.

"Saya terkejut dan terharu kerana mengenali Syafiq dia bukan jenis yang gemar cakap soal hubungan cintanya secara terbuka.

"Bagaimanapun sebagai wanita tidak perlu rasanya saya hendak komen apa-apa dan cukup sekadar dengan kenyataan Syafiq itu," katanya kepada mStar Online semasa ditemui pada sebuah majlis berbuka puasa.

Terdahulu, pasangan berkenaan dilaporkan sedang bercinta namun disangkal oleh kedua-dua belah pihak selain menegaskan mereka hanya sekadar kawan rapat.

Dalam pada itu, Uqasha berharap kenyataan Syafiq itu dapat menjawab segala spekulasi berhubung hubungan mereka selain berharap peminat mendoakan kebahagian untuk mereka berdua.

Syafiq dalam kenyataannya di sebuah akhbar berkata hubungannya dengan Uqasha masih berjalan seperti biasa dan dia sedang mempersiapkan diri termasuklah mengumpul aset sebelum memikirkan soal berumah tangga.

Dalam pada itu bercakap soal perkahwinan, Uqasha menjelaskan dia tidak mahu terburu-buru dan menyerahkan perkara itu kepada jodoh.

"Tidak manis rasanya saya hendak mengulas perkara itu kerana nanti orang anggap saya berlebih-lebihan pula tetapi saya letakkan perkara itu kepada ketentuan Allah," ujarnya.

Sementara itu, Uqasha mengakui, sejak akhir-akhir ini mereka jarang berjumpa kerana masing-masing sibuk untuk menghabiskan penggambaran sebelum kedatangan Aidilfitri.

"Sebab itu saya terkejut dan terharu apabila dia buat pengakuan itu kerana kami sudah agak jarang berjumpa sejak akhir-akhir ini.

"Tapi kami sering berhubung menerusi telefon dan mesej tetapi tidak pula dia bercakap apa-apa mengenai pengakuannya itu," katanya.

sumber
http://ift.tt/1IsbELy