Update : RON95, RON97 naik, diesel kekal


#$Harga runcit petrol RON95 naik 10 sen manakala RON97 sebanyak 20 sen seliter bagi Julai 2015 berkuat kuasa tengah malam ini.

�Namun harga diesel kekal pada RM2.05 seliter,� kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia, Datuk Zulkifli Mokti ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, harga baru RON95 ialah RM2.15 seliter manakala RON97 sebanyak RM2.55 seliter selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

�Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Julai ini,� katanya. - Bernama