Samseng Ugut, Belasah Peniaga Klang

Samseng Ugut, Belasah Peniaga Klang | Hanya kerana bunga api, dua peniaga di tapak Bazar Ramadan Jalan Taiping Klang cedera selepas dipukul dengan tukul besi dan buku lima dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam kelmarin.

Samseng Ugut, Belasah Peniaga Klang

Sebelum kejadian, dua peniaga yang berusia 30-an itu sedang berniaga bunga api di bazar berkenaan sebelum didatangi sekumpulan samseng dan meminta bunga api daripada mangsa.

Menurut sumber, dua lelaki ke gerai mangsa sebelum mengambil barangan yang diniagakan kerana menerima arahan daripada ketua mereka sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati peniaga terbabit.

�Bagaimanapun, mangsa dipukul menggunakan tukul besi dan buku lima sebelum ketua mereka memaki hamun salah seorang daripada mangsa sebelum menyerangnya bersama 15 pengikutnya yang lain.

�Orang ramai yang berada di lokasi kejadian cuba meleraikan pergaduhan dan menarik mangsa. Bagaimanapun, ketua mereka mengarahkan pengikutnya mengambil pistol di dalam keretanya,� katanya.

sumber
http://ift.tt/1GTxsLy