Remaja Selfie Depan Mayat Datuk Di Kecam

Remaja Selfie Depan Mayat Datuk Di Kecam | Seorang remaja di sini yang merakam gambar selfie dengan menjelir lidah di hadapan mayat datuknya mencetuskan kemarahan orang ramai selepas dia memuat naik gambar itu di laman sosial.

Remaja Selfie Depan Mayat Datuk Di Kecam

Remaja yang tidak didedahkan identitinya itu meletakkan kapsyen gambar tersebut �Selamat Tinggal Datuk�.

Gambar yang dirakam dengan menggunakan telefon bimbit di sebuah hospital menunjukkan dia duduk bersebelahan dengan mayat datuknya yang terlantar di atas katil sambil menjelirkan lidah.

Sementara itu, Ketua Pegawai Perhubungan Awam dan Media di Madinah, Abdul Razak Hafedh berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

�Pihak berkuasa kesihatan di Madinah sedang menyiasat kejadian itu sama ada gambar itu dirakam di hospital atau sebaliknya.

�Jika didapati bersalah, remaja berkenaan akan dikenakan hukuman tegas kerana melakukan perbuatan yang tidak bermoral,� katanya. � Agensi

sumber
http://ift.tt/1CQly3s