Neelofa Mula Ambil Tindakan Terhadap Penjual Tudung Tiruan | Neelofa telah mengambil tindakan terhadap beberapa peniaga yang menjiplak (ciplak) dan menjual tudung jenama �Naelofar Hijab� miliknya.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 25, berkata, perkara itu dilakukan bagi memastikan pembeli tidak terpedaya dengan produk tiruan yang menggunakan nama dan gambarnya bagi memperdayakan pelanggan.
"Kami di Naelofar Hijab mempunyai pasukan khas untuk mengenal pasti pihak-pihak yang menjual produk 'ciplak' selain menggunakan nama dan wajah saya bagi memperdaya orang ramai.
"Setakat ini kami telah mengambil tindakan terhadap beberapa peniaga yang melakukan perbuatan tersebut," katanya.
Neelofa ditemui pada majlis pelancaran koleksi terbaharu Naelofar Hijab bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Dalam pada itu, Neelofa menegaskan semua produk keluaran syarikatnya adalah 100 peratus buatan Malaysia dan dia tidak pernah menghantar tudungnya ke Vietnam untuk dijahit.
"Kebanyakkan produk tiruan Naelofar Hijab dibuat dari Vietnam manakala yang asli adalah sepenuhnya hasil kerja rakyat tempatan.
"Kadang-kadang pelanggan pun terkeliru dan tertipu kerana membeli secara online tetapi perbandingan kualiti dan jenis fabrik digunakan adalah berbeza," jelasnya.
Sementara itu, bercakap mengenai koleksi raya Naelofar Hijab, dia berkata, sebanyak 13 koleksi dihasilkan menerusi 30 warna khusus untuk pelanggan jenama berkenaan.
Pihaknya juga bersyukur kerana stok koleksi terbaharu itu habis dijual kepada stokis sebaik sahaja ia dibuka untuk tempahan baru-baru ini.
"Tidak sampai 15 minit kami lancarkan koleksi terbaharu ini ia sudah pun habis dijual kepada stokis di seluruh Malaysia.
"Pelanggan boleh mula membuat pembelian menerusi stokis atau pun di laman web rasmi kami," ujarnya.
Tambah Neelofa, selepas sembilan bulan beroperasi, jenamanya itu telah menghasilkan 29 rekaan tudung dan kini mempunyai 500 stokis di seluruh negara.
"Alhamdulillah perniagaan semakin berkembang maju dan paling penting kami dapat berkongsi dengan stokis-stokis yang menjual tudung Naelofar Hijab.
"Bertepatan dengan misi kami yang ingin melihat suri rumah berniaga secara kecil-kecilan dalam menambahkan pendapatan keluarga," katanya.
sumber
http://ift.tt/1UhaR4F