8 Gambar : Sayu dua kanak-kanak maut di langgar di Lebuh raya LPT - Al-fatihah


Maran : Dua kanak-kanak berusia lima dan 11 tahun maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer (KM) 149.7 Lebuhraya Pantai Timur (LPT), dekat sini, malam tadi. 

Jurucakap Bilik Gerakan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 11.45 malam iaitu antara plaza tol Chenor dengan Maran, arah ke Kuantan.







"Dua yang maut adalah kanak-kanak perempuan berusia lima tahun berasal dari Dong, Raub dan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun berasal dari Bangi, Selangor. 

"Jenazah mereka sudah dibedah siasat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH) Temerloh dan dituntut keluarga masing-masing untuk dikebumikan," katanya.