Zain Saidin Bedah Lutut, Hasrat Beraya Sakat Che Ta Terbantut

Zain Saidin Bedah Lutut, Hasrat Beraya Sakat Che Ta Terbantut | Hasrat pelakon jelita, Rozita Che Wan, 43, untuk beraya �sakan� terjejas apabila suaminya yang juga pelakon Zain Saidin, 31, terpaksa menjalani pembedahan lutut Isnin lalu akibat cedera selepas bermain futsal.

Zain Saidin Bedah Lutut, Hasrat Beraya Sakat Che Ta Terbantut

Zain dimasukkan ke pusat perubatan swasta, di sini, Jumaat lalu selepas mengadu lutut kirinya semakin sakit sejak bermain futsal beberapa hari sebelum Ramadan lalu.

Pemeriksaan doktor kemudian mendapati ligamen lutut kirinya terkoyak dan perlu menjalani pembedahan segera.

Disebabkan itu, Zain perlu bertongkat selama lebih sebulan selain dinasihatkan tidak terbabit dengan aktiviti lasak selama enam bulan.

Rozita ketika dihubungi mengakui persiapan Aidilfitri mereka sedikit terganggu dengan kecederaan yang menimpa suaminya itu.

�Pemandu kami pula bercuti Aidilfitri ini, jadi saya pening memikirkan siapa yang akan memandu kereta nanti,� katanya.

Harian Metro menerusi sisipan RAP baru-baru ini melaporkan Rozita sudah membuat persiapan Aidilfitri �beria-ia� termasuk sudah menyediakan 20 pasang baju raya untuk diri sendiri dan anaknya, Aaisyah.

Rozita turut mengakui berbelanja sakan mengikut kemampuan untuk membeli pakaian raya adalah antara rutin wajibnya setiap tahun selain ia adalah keperluan bersesuaian dengan kerjaya selebriti.

Ditanya adakah selepas ini dia menghalang Zain untuk bermain futsal dan bola sepak, Rozita berkata, dia berharap suaminya akan memilih sukan yang kurang mendatangkan kecederaan.

�Dia bukannya pemain bola sepak dan tak berbaloi jika berlaku kecederaan hingga terpaksa dibedah,� katanya.

Sementara itu, Zain berkata, selepas pembedahan dia perlu menjalani fisioterapi setiap hari.

�Doktor menasihatkan saya, jika mahu segera sembuh ia perlu konsisten selama tiga bulan. Setiap kali rawatan mengambil masa dua jam.

sumber
http://ift.tt/1FXKSEu